Tiga Lelaki Terlibat Jual ‘Wah Hui’ Dan Judi Online Ditahan Di Sinsuran

Antara suspek yang diperiksa pihak berkuasa.

KOTA KINABALU: Tiga lelaki yang terlibat dalam aktiviti perjudian online dan judi Wah Hui ditangkap dalam dua serbuan Op Dadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superitendan George Abd Rakman berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi Operasi Pembenterasan Elemen Perjudian Judi Online dan Judi Wah Hui di kawasan Kompleks Sinsuran kira-kira 5.30 petang, semalam.

Antara suspek yang ditahan pihak polis.

Katanya, dalam dua serbuan Op Dadu yang dijalankan hasil daripada maklumat awam tersebut, pasukan serbuan berjaya menangkap tiga orang lelaki berumur antara 17 hingga 25 tahun.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

“Dalam serbuan tersebut, sejumlah RM560 wang tunai, tiga mobile printer, tiga telefon bimbit jenama Nokia, tiga keping kertas putih tercatit angka-angka disyaki perjudian Wahui telah berjaya dirampas.

“Hasil soal siasat awal ke atas ketiga-tiga suspek, suspek mengaku terlibat dengan aktiviti judi Wah Hui sudah lebih kurang sebulan dengan gaji RM1000 sebulan. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *