CKS Donggongon Ditutup, Pekerja Dikesan Positif Covid-19

CKS Donggongon

PENAMPANG: Pengurusan CKS memaklumkan seorang kakitangan CKS Donggongon dikesan positif Covid-19.

Susulan itu, CKS Donggongon ditutup sehingga keputusan ujian saringan Covid-19 yang kedua diperoleh.

Pengurusan CKS memaklumkan, pihaknya telah menghantar semua kakitangan cawangan tersebut menjalani ujian swab PRC sebagai langkah keselamatan dan atas arahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Pihak pengurusan menghargai sokongan dan kepercayaan diberikan pelangggan dan kakitangan sepanjang mereka beroperasi.

Pihak pengurusan mengajak orang ramai bersama-sama memerangi pandemik Covid-19 ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4807