Guru Bahasa Inggeris KV Keningau Bentang Inovasi Pengajaran Di Persidangan Maya Antarabangsa

Ahmad Azharulzaman Ibrahim (kanan) ketika membentang inovasinya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris secara maya melalui aplokasi Zoom Meeting.

KENINGAU: Guru Bahasa Inggeris KV Keningau, Ahmad Azharulzaman Ibrahim, telah membentang inovasinya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris secara maya, di persidangan ELTT National Virtual Conference, pada 21 November 2020. Persidangan tersebut merupakan anjuran University of Nusantara, Indonesia.

Projek yang dibentang oleh guru ini dinamakan “Mr. POS’ family” adalah merupakan satu permainan berpapan yang bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan dengan golongan kata Bahasa Inggeris seperti kata nama, kata kerja dan kata kerja.

Selain itu, ianya juga direka untuk membantu para pelajar menguasai teknik menyusun perkataan dengan betul.

Encik Azharulzaman yang berasal dari Selangor telah mula mengajar di sekolah tersebut pada tahun 2016.

Dia merupakan aktif dalam bidang kesenian seperti melatih pelajar dalam bidang nyanyian serta program yamg melibatkan Bahasa Inggeris seperti kem Bahasa Inggeris.

Memandangkan pelajar pelajar yang diajarnya menghadapi kesukaran mengenalpasti golongan kata yang berbeza dan membina ayat dengan tepat, dia berhasrat untuk mencipta alat bantu mengajarnya sendiri yang mampu menarik perhatian para pelajar untuk memahami tatabahasa Bahasa Inggeris serta meningkatkan kemahiran mereka menggunakannya.

Permainan berpapan ini terdiri dari dadu, papan permainan, kad soalan serta nota panduan. Hasil dapatan Encik Azharulzaman pada peringkat awal, para pelajarnya memberi respon yang positif terhadap inovasi pembelajaran ini.

Dia bercadang untuk terus menambahbaik inovasinya demi meningkatkan kualiti pengajarannya.

KV Keningau merupakan sekolah yang aktif dalam penyertaan program luar negara seperti pembentangan persidangan dan pertandingan inovasi.

Guru-guru dan para pelajar sekolah ini pernah menyertai pelbagai program secara bersemuka dan maya di negara negara Eropah, Asia, Oceania serta Amerika Utara.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, sentiasa menggalakkan para gurunya untuk meningkatkan kemahiran mereka secara profesional melalui aktiviti aktiviti sebegini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *