PKPB Sabah Dilanjut Hingga 20 Disember

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksana di Sabah dilanjutkan selama 14 hari dari 7 sehingga 20 Dis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah mula dilaksana pada 13 Okt dan kemudian dilanjutkan sehingga 6 Dis.

Sementara pelaksanaan PKPB di Labuan ditamatkan esok, seperti dijadualkan.

Ismail berkata, walaupun PKPB dilaksana di sesuatu kawasan namun, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dilonggarkan bagi membolehkan perjalanan rentas daerah dan negeri bermula 7 Dis ini.

Katanya, pergerakan rentas daerah dan negeri boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis, kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4192