Kedai Solo Borneo Mart Asyik Kena ‘Report’, Isteri Lan Solo Kecewa – “Hari Ni Ada Report Lagi, Apa Salah Kami?

Isteri kepada penyanyi Lan Solo meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak seperti tidak berpuas hati dengan perniagaan mereka.

Sheila Razlan menerusi hantaran di Instagram (IG)nya memberitahu, kedai runcit mereka Solo Borneo Mart sudah berkali-kali diserbu penguatkuasa kerana menerima laporan mengenai premis perniagaan mereka.

Tidak pasti motif pihak berkenaan melakukan demikian Sheila memberitahu, Solo Borneo Mart beroperasi dengan lesen yang sah.

Mereka turut mematuhi segala peraturan ditetapkan Majlis Bandaraya Subang Jaya termasuk memantau kebersihan, penyelenggaraan, proses nyah kuman serta mematuhi SOP sepanjang kedai mereka beroperasi.

“Awak…Kedai saya ada lesen yang sah..Segala peraturan kebersihan pun kami akan pantau, Dapat A lagi wak!

“Pest control pun ada semburan berjadual, maintenance kita ikut SOP, sanitizing seluruh kedai, tong sampah sebesar-besarnya kami sediakan seperti apa yang pihak berkuasa nak,” katanya.

“Cukup-cukup la asyik report je. Kami tak kacau orang wak, seminggu sampai dua kali penguatkuasa datang kedai bagitahu ada orang report,” katanya.

Tambah Sheila, dia dan Lan sudah sehabis daya melakukan yang terbaik untuk menjaga perniagaan mereka dan mematuhi undang-undang.

“Hari ni ada lagi report pasal kedai kami. Apa lagi salah kami wak?

“Kami sampai dah habis daya dah buat yang terbaik…Apa ja yang awak report ek? Lepas tu bila kami tak kena saman sebab kami cukup segala dokumen, awak report lagi dan lagi.

“Awak nampak tak dengan baju tidur kita terpaksa datag kedai untuk selesaikan report awak kat pihak Majlis,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Sheila berkata niat mereka berniaga sama seperti peniaga lain, mahu mencari duit lebih selain membantu orang lain.

Sheila juga terbuka untuk menerima cadangan penambahbaikan daripada orang ramai atau boleh beritahu kepada Solo Borneo Mart jika perkhidmatan mereka tidak memuaskan.

Niat kami sama maacm peniaga lain jugak. Nak cari duit lebih, selain dapat membantu orang Borneo yang homesick dengan makanan Borneo.

“Kalau anda semua ada idea untuk penambahbaikan atau tidak selesa bagitahu dengan kami. Jangan asyik report je,” katanya kesal. – GEMPAK

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *