Amaran Cuaca Buruk Di Sabah – MetMalaysia

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Nov : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di beberapa daerah di Sabah hingga Ahad.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran tahap jingga iaitu tahap hujan lebat dijangka berterusan berlaku di Sabah melibatkan kawasan Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud selain di Labuan.

Sementara itu, amaran waspada juga hingga esok dikeluarkan di kawasan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan serta Ranau dan Kudat. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *