RON95, RON97 Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM1.94 seliter kepada RM1.97 seliter.

Sementara harga RON95 naik daripada RM1.64 seliter kepada RM1.67 seliter.

Harga runcit diesel pula naik empat sen daripada RM1.81 seliter kepada RM1.85 seliter.

Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit produk petroleum ini bagi tempoh 28 November sehingga 4 Disember 2020,” katanya.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *