COVID-19: 1,109 Kes Baharu & 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,109 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 61,861 dengan 11,307 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia termasuk 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau berkata, Sabah terus menyumbang angka harian tertinggi membabitkan 441 kes atau 39.8 peratus daripada jumlah kes baharu dicatatkan.

“Pertambahan jangkitan di Sabah adalah hasil saringan dalam kluster sedia ada dan kontak rapat kes positif yang giat dijalankan di lapangan.

“Selangor pula mencatatkan 175 jangkitan baharu (15.8 peratus), diikuti Negeri Sembilan 167 kes,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 1,148 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatifnya 50,204 kes (81.2 peratus).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

942