Individu Tiba Dari Sabah Tidak Perlu Kuarantin 14 Hari Sekiranya Negatif

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Mulai esok, semua individu yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19, 3 hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiranya laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti sebelum ini.

“Sekiranya mereka ini positif ujian pengesanan Covid-19 atau sekiranya bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

“Bagi yang positif, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan manakala bagi individu yang bergejala akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan,” menurut kenyataan itu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4814