JPN UTC Sabah Mula Beroperasi Esok

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini akan mula beroperasi mulai esok dengan waktu operasi dan perkhidmatan yang terhad. 

Pengarah Pendaftaran Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin menerusi kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi dan perkhidmatan bagi cawangan itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah dari Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 1 petang. 

Semua pelanggan dinasihati agar membuat janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon JPN Cawangan UTC Sabah di talian 088-234165 atau 088-234170, menurut kenyataan itu. 

JPN Sabah turut memaklumkan para pelanggan supaya menangguh urusan mereka di JPN sehingga tempoh pelaksanaan PKPB berakhir sekiranya tiada urusan yang mendesak. 

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my atau Facebook Jabatan Pendaftaran Negara. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2325