Covid-19: 1,210 Kes Baharu, Lima Kematian

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kes positif Covid-19 kekal empat angka selama dua hari berturut dengan 1,210 kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan kes positif di Malaysia sebanyak 49,730 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 12,788 kes.

Menurutnya, negeri di Lembah Klang seperti Selangor, Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya mencatatkan sebanyak 518 kes positif.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes adalah daripada kluster sedia ada dengan 206 kes bagi Kluster Tapak Bina Damanlela yang membabitkan warganegara asing di KL.

“Sebanyak 142 kes yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang membabitkan 131 bukan warganegara, manakala Sabah merekodkan 499 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan kes pulih Covid-19 sebanyak 1,018 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 36,624 kes.

Dalam pada itu, lima kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 318 kes.

“Kematian membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 25 tahun hingga 80 tahun dengan empat daripadanya di Sabah dan seorang di Perak.

“Empat pesakit yang meninggal dunia ini menghidap pelbagai penyakit kronik antaranya darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan asma,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *