Najib Tak Nak Terlebih Kritik Shafie Kerana Mungkin Jadi Rakan Gabungan

KUALA LUMPUR: Bekas presiden UMNO, Najib Razak, mengumumkan beliau tidak mahu terlalu mengkritik Shafie Apdal selepas ini, selepas mendapat berita mengatakan ada kemungkinan partinya dan Warisan akan bergabung.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengatakan Shafie mempertahankan keputusan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan PRN Sabah menyumbang kepada peningkatan kes ketika ini kerana ketidakpatuhan pada SOP.

“Dia kata biarkan dia mati dalam gelanggang politk walaupun akhirnya parti dia kalah juga dan ramai yang mati akibat Covid-19.

“Tapi saya pun tak nak terlebih kritik Shafie sebab terbaca berita pagi ini bahawa kononnya ada kemungkinan kita akan bersama dia dan Atok dalam gabungan politik yang sama.”

Awal hari ini, Setiausaha Agung Muafakat Nasional, Annuar Musa mencadangkan pembentukan suatu “grand coalition” (gabungan besar) melibatkan 12 atau lebih parti, termasuk Warisan yang dipimpin Shafie dan Pejuang, yang diasaskan bekas pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad.

Annuar mengemukakan cadangan itu sambil mengecam politik personaliti yang menyukarkan “penyatuan ummah”, mengatakan sudah terlalu lama politik negara berlegar sekitar 2-3 personaliti. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *