Kesemua Ahli Parlimen Amanah Tolak Belanjawan 2021 – Mat Sabu

Mohamad Sabu memaklumkan ketetapan untuk menolak Belanjawan 2021 itu selari dengan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

KOTA BHARU: Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas.

Presidennya, Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu kita bercakap dalam Parlimen, Ketua Pembangkang sudah cakap kalau hendak sokong mesti dipinda beberapa perkara.

“Kita, parti Pejuang pun bercakap, UMNO pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama PH (tidak sokong),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata Belanjawan 2021 itu tidak menepati beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan.

Sementara itu parti Amanah hari ini turut mengumumkan untuk mengekalkan Asmuni Awi sebagai Pengarah Pilihan Raya Amanah untuk pilihan raya umum ke 15 akan datang. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2080