Jangkitan Covid-19 Kembali 4 Angka, 556 Kes Di Sabah

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 kembali ke 4 angka dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan berkata kes tertinggi dilaporkan di negeri dan wilayah di Lembah Klang (567), diikuti Sabah (556), dan Negeri Sembilan (83).

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sehingga kini 45,095 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri lain yang mencatatkan jangkitan baru ialah Pulau Pinang (42) kes, Sarawak, Melaka dan Perak (13); Kedah dan Kelantan (5); Labuan (4), Johor (3) dan Putrajaya (1).

Daripada jumlah kes positif, sebanyak 4 kes import dicatatkan membabitkan warganegara yang tiba dari Arab Saudi dan Mesir.

Sebanyak 1 kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan 304 kes kematian akibat Covid-19.

“Kes kematian berumur 70 tahun mempunyai sejarah penyakit darah tinggi meninggal di Hospital Tuaran, Sabah,” katanya pada sidang media hari ini.

Sehingga kini, seramai 11,822 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 96 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1355