Covid-19: Sabah Catat 556 Kes Positif & Satu Kematian

KOTA KINABALU: Setelah empat hari menunjukkan bilangan kes yang menurun, kes positif yang dilaporkan di Sabah hari ini meningkat kepada 556 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,304 kes baharu yang dilaporkan di Malaysia, hampir separuh kes adalah di Sabah.

Dua lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu kluster Bonggaya dan Jambatan B, Sandakan.

Untuk hari ini, satu kes kematian dilaporkan di Sabah membabitkan seorang lelaki warganegara berusia 70 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Dengan itu, kes kematian yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 304 kes, sementara kes kematian di Sabah menjadi 166 kes.

Hari ini, daripada 1,304 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara, 1,300 kes adalah jangkitan tempatan manakala, empat kes import.

Sementara empat kes baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, keseluruhan sebanyak empat kluster baharu dilaporkan di negara ini termasuk dua di Sabah. Dua kluster lagi adalah kluster Abell, Sarawak dan kluster BMU, Melaka.

Bilangan kes pulih yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 900 kes, dengan bilangan kumulatif kes pulih adalah sebanyak 32,969 kes.

Tambahan kes baharu hari ini menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 45,095 kes. Sebanyak 11,822 kes aktif dengan 96 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 39 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *