COVID-19: Wanita 22 Tahun Antara Dua Kematian Di Sabah Hari Ini

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini melaporkan dua kes kematian berkaitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 302, bersamaan 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Kes kematian yang dilaporkan membabitkan dua wanita berusia 22 dan 67 tahun, masing-masing di Sabah.

Dua kematian direkodkan hari ini masing-masing di Hospital Tuaran dan Hospital Duchess Of Kent, Sandakan

“Seorang mangsa mempunyai latar belakang penyakit jantung reumatih dan aritmia jantung, manakala seorang lagi menghidap osteoathritits dan gastritis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan kes COVID-19 di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4898