Covid-19: Kanak-Kanak Berusia Setahun Antara 7 Kematian Di Sabah Hari Ini

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun dan menghidap sindrom Down mangsa terbaharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Mangsa, yang turut mempunyai latar belakang penyakit jantung berlubang dan hipotiroidisme, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Sabah.

Kanak-kanak itu salah seorang daripada 8 mangsa yang meninggal dunia berkaitan Covid-19 yang diumumkan hari ini.

Tujuh mangsa lain adalah 4 lelaki berusia 72 tahun, 51 tahun, 53 tahun, dan 66 tahun; 3 perempuan berusia 71 tahun, 55 tahun, dan 65 tahun.

Semua kematian ini dilaporkan di Sabah.

Mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 adalah seorang bayi perempuan berusia setahun, juga di Sabah.

Mangsa termuda dilaporkan dijangkiti Covid-19 adalah seorang bayi berusia 12 hari ketika gelombang kedua Covid-19. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

7439