PKPB Di Sabah Lanjut Hingga 6 Disember

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah akan disambung hingga 6 Disember depan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, PKPB di Lembah Klang mula dilaksanakan pada 14 Oktober lalu, ia kemudian disambung dan sepatutnya berakhir pada 27 Oktober.

Namun, ia kemudian disambung lagi dan sepatutnya tamat pada 9 November ini.

Ismail berkata, PKPB yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dilanjutkan hingga ke tarikh sama.

Selain itu, Ismail memaklumkan penamatan PKPD di Taman Semarak dan PPR Sri Balung, Tawau.

“Penilaian risiko dijalankan KKM mendapati situasi kes Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini mencatatkan trend penurunan dan terkawal. Atas nasihat KKM, pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan pada 8 November seperti dijadualkan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *