PKPD Taman Semarak, PPR Sri Balung Di Tawau Tamat Esok

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Balung, Tawau diisytiharkan tamat, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu, berkata kerajaan sebelum ini mengenakan PKPD di kawasan berkenaan dari 26 Oktober hingga esok.

Sehingga Khamis lalu, katanya, sebanyak 2,051 saringan dilaksanakan di Taman Semarak dan hanya 13 kes positif jangkitan COVID-19 direkodkan.

“Bagi PPR Sri Balung, sehingga 31 Oktober, KKM melaksanakan 1,149 saringan dan juga mendapati hanya 13 kes masih aktif,” katanya pada sidang media khas, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *