Waspada Pengeluaran Akaun 1 KWSP – Pakar Ekonomi

KWSP berkata, majoriti pencarumnya tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan mereka.

PETALING JAYA: Pakar ekonomi memberi amaran kepada kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak membenarkan pencarum membuat pengeluaran daripada Akaun 1 simpanan persaraan mereka.

Goh Lim Thye, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya, tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan pengeluaran “one-off” daripada akaun itu untuk membantu rakyat melalui masa sukar ini.

“Saya tidak rasa itu idea baik. Awal tahun ini, ada laporan mengatakan 89.2% pencarum menyedari simpanan KWSP mereka tidak cukup untuk persaraan.”

Goh Lim Thye.

Beliau berkata, menurut KWSP, simpanan minimum yang perlu dimiliki pencarum pada usia 55 tahun ialah RM228,000.

Bagaimanapun, katanya, cadangan sedemikian hanya boleh dipertimbangkan, jika pencarum sangat memerlukan wang mereka untuk terus bertahan.

“Jika ia dapat mencegah kecelaruan kemurungan dan tidak menggalakkan pencarum mencari kaedah haram mendapatkan wang, masa itu mungkin ia boleh dibenarkan.”

Goh berkata, jika cadangan pengeluaran itu dibenarkan, KWSP perlu menyediakan langkah untuk memastikan pencarum masih mempunyai dana mencukupi bagi persaraan.

“KWSP perlu membuat kontrak untuk memastikan ahlinya mendepositkan semula pengeluaran yang dibenarkan itu ke akaun KWSP mereka melalui pelan ansuran dengan jangka masa dipersetujui. Contohnya, RM100 sebulan bermula setahun dari tarikh

Bekas perdana menteri, Najib Razak antara penyokong utama di sebalik langkah membenarkan pencarum membuat pengeluaran “one-off” daripada KWSP, dengan jumlah maksimum ditentukan kerajaan.

Katanya, langkah itu dapat membantu rakyat yang bergelut dengan impak ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Carmelo Ferlito.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap sokongan ramai untuk cadangan Najib itu, berkata beliau bimbang pencarum KWSP mungkin menghadapi masalah lebih besar pada masa depan, jika Putrajaya membenarkan mereka mengeluarkan sebahagian simpanan persaraan mereka sekarang.

Kenyataannya dipersetujui seorang lagi pakar ekonomi, Carmelo Ferlito yang berkata: “Kebimbangan Muhyiddin berasas”.

Bagaimanapun, idea Najib juga boleh dilaksanakan, hanya jika pengeluaran dihadkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Beliau tidak bersetuju apabila ditanya jika KWSP patut mengurangkan kadar caruman bagi pekerja dan majikan ketika pandemik.

“Saya rasa itu kurang praktikal kerana apabila kadar dikurangkan, ia sukar dinaikkan lagi pada masa depan,” kata Ferlito yang mengendalikan Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

13351