Ramai Mahu Jodohkan BCL Dengan Ariel Noah

BCL dan Ariel Noah dalam muzik video Menghapus Jejakmu.

Kuala Lumpur: Niat penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari berkongsi rasa bahagia apabila lagu Menghapus Jejakmu kerjasamanya dengan Ariel Noah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020 disalahertikan pengikutnya di Instagram apabila ramai mahu menjodohkannya dengan bekas kekasih Luna Maya itu.

Dalam hantaran itu, Bunga atau BCL meluahkan kegembiraannya apabila karya hasil kerja kerasnya itu dicalonkan dalam kategori Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020. 

“Belasan tahun di industri muzik, ini adalah kali pertama aku mula memberanikan diri bertindak menjadi produser bersama Ariel Noah. Dan, gembira sekali rasanya ketika tahu kalau lagu ini dicalonkan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020,” tulisnya.

Di samping ucapan tahniah, turut dilontarkan ribuan ucapan supaya isteri Allahyarham pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair itu akan disatukan dengan Ariel sebagai pasangan.

“Cocok. Semoga cepat bernikah sama Ariel,” itu antara komen yang ditulis netizen di ruangan komen. 

“Cocok kalau jadi suami isteri,” tulis satu komen yang lain. 

Muzik video Menghapus Jejakmu versi ini dilancarkan di YouTube pada 14 Februari lalu dan sehingga kini sudah mencatat lebih 67 juta tontonan.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

833