“Semoga Allah Selamatkan Sabah”, Ustaz Ebit Lew Hantar Sumbangan Set Perubatan Buat ‘Frontliners’ Di Sabah

Gambar Via Ebit Lew

Situasi COVID-19 di Sabah masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya dengan kes harian yang tinggi setiap hari.

Dalam keadaan ini, petugas barisan hadapan bertungkus lumus bagi membendung penularan jangkitan virus tersebut.

Namun, apabila kes tidak terkawal, doktor dan jururawat dari beberapa hospital di semenanjung juga terpaksa dibawa ke sana bagi membantu petugas di sana.

Gambar Via Ebit Lew

Lebih memeritkan, mereka kekurangan alatan perubatan dan keperluan kerana jumlah pesakit yang ramai setiap hari.

Ramai yang melakukan sumbangan bagi meringankan  beban mereka termasuk Ustaz Ebit Lew. Menerusi kiriman terbaru di Facebook miliknya, beliau berkongsi kerisauan terhadap nasib petugas di sana.

Beliau mengambil inisiatif untuk menghantar sumbangan barangan perubatan seperti set PPE dan face shield dengan menggunakan perkhidmatan pesawat Raya Airways.

Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways.

Doakan ye insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat.

Moga segala sumbangan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan juga individu lain boleh mengurangkan sedikit sebanyak beban yang perlu ditanggung oleh petugas perubatan di sana. – SiakapKeli / Ebit Lew

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *