
PUTRAJAYA: Sebanyak 869 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 19,627 kes setakat Sabtu (17 Oktober 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 6,866 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
Daripada 869 kes baharu dilaporkan, kesemuanya merupakan penularan tempatan dengan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara.
Pesakit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 302 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 12,561 atau 64% peratus daripada jumlah kes.
Manakal jumlah kematian meningkat kepada 4 orang menjadikan jumlah kematian sebanyak 180 orang.
Sumber: Sidang Media KKM
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost