Covid-19: 563 Kes, 2 Kematian, Lebih 5,000 Masih Dirawat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 563 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, dengan Sabah terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata majoriti jangkitan baharu itu adalah penularan tempatan dengan hanya satu kes import.

Beliau berkata, pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini mencecah 16,220 dengan 5,039 kes aktif.

“Daripada 563 jangkitan baharu, hari ini, Sabah masih mencatatkan angka harian tertinggi, iaitu 291 kes. Bagaimanapun, ia lebih rendah berbanding 488 kes, semalam.

“Pulau Pinang mencatatkan lonjakan jumlah kes positif, iaitu sebanyak 141 jangkitan.

“Namun, semua kes itu adalah daripada Kluster Penjara Reman di mana ia berada di dalam penjara dan memang terasing daripada masyarakat,” katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

Setakat jam 12 tengah tadi, 109 kes pulih dilapor, menjadikan jumlah kumulatifnya 11,022 (67.9 peratus).- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *