
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan.
Terkini #COVID19Malaysia 10 Okt 2020
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 10, 2020
Kes sembuh=73
Jumlah kes sembuh= 10,780 kes
Kes positif= 374
(kes import=2, kes tempatan=372)
Jumlah positif= 15,096 kes
Kes kematian= 3
Jumlah kes kematian= 155 kes
Kes dirawat di ICU= 73 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 28 kes pic.twitter.com/lbbdgsPqn3
Daripada 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 372 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.
Terdapat 73 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
73 kes sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah keseluruhan, 10780 kes bersamaan 71.41%. pic.twitter.com/iiliwAa9tc
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 10, 2020
Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 73 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,780 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 155 kes atau bersamaan dengan 1.03%.
Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian COVID-19 pada hari ini. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah dan merupakan warganegara.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 10, 2020
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/PgGZSpCQO4
Sumber: KKM