Covid-19: Tiga Lagi Kes Kematian Di Sabah Hari Ini

PUTRAJAYA: Tiga lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes kematian ini melibatkan satu kes di Hospital Tawau, Hospital Semporna dan dan Hospital Queen Elizabeth (HQE),Kota Kinabalu.

DR NOOR HISHAM

Kesemua pesakit ini berumur antara 51 hingga 61 tahun dan kebanyakan mereka mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan dua lelaki dan seorang perempuan.

Pertambahan kes terbaru ini menjadikan kes kematian yang dilaporkan di negara ini meningkat kepada 155 kes.

Untuk kes positif baharu, daripada 374 kes baharu yang dilaporkan, 277 dilaporkan di Sabah dengan satu kluster baharu iaitu kluster Highway di Kota Belud.

Daripada 374 kes baharu, 372 kes adalah jangkitan tempatan manakala, dua adalah kes import.

Pertambahan kes baharu menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 15,096 kes.

Sehubungan itu, sebanyak 4,161 kes aktif dengan 73 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, sebanyak 10,780 kes telah pulih sehingga kini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *