KKM Siapsiaga Hadapi Kenaikan Kes COVID-19 Di Sabah

Kementerian Kesihatan menghantar doktor dan jururawat terlatih ke Sabah sebagai persiapan hadapi kenaikan kes COVID-19 di negeri itu – Dr Noor Hisham.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan membuat persiapan rapi dan meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 khususnya di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara persiapan itu ialah dengan menghantar petugas dan pelbagai pegawai skim perkhidmatan untuk membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Maklumat kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan bagi merawat pesakit COVID-19 di Sabah
Maklumat kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan bagi merawat pesakit COVID-19 di Sabah

“Mereka yang dihantar seperti pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

“Mereka ini ditempatkan di hospital di negeri itu terutama di zon merah dekat Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan lain kawasan yang terkesan,” katanya dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Beliau turut berkongsi satu lakaran grafik berhubung kesiapsiagaan kementerian merawat pesakit COVID-19 di Sabah antaranya menyediakan sebanyak 6,795 katil iaitu 2,820 katil hospital kerajaan manakala 3,975 katil di pusat kuarantin dan berisiko rendah.

Katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula diperuntuk sebanyak 437 buah dan ventilator yang ada sebanyak 1,505 unit.

Pada masa sama enam hospital pakar yang akan menjadi pusat merawat pesakit COVID-19 adalah Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Ia termasuk Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Ducheess of Kentd (HDOK) di Sandakan dan Hospital Keningau.

Wad tambahan yang dibuka bagi hospital ini adalah Bangunan Kompleks Sukan Likas bagi HQE, Bangunan Kompleks Sukan Tawau (Hospital Tawau), Dewan Arena Tawau dan Kompleks Penjara Tawau.

Ia merangkumi Bangunan Institut Latihan Kementerian Kesihatan, Dewan Tun Haji Mustpha (Hospital Lahad Datu) dan Dewan Rafflesia, Projek Perumahan Rakyat Batu Batu Putih (HDOK).- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3685