Covid-19: 282 Kes Baharu Di Sabah, Tertinggi Seluruh Negara

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini kekal tiga digit dengan 489 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes baharu itu, kes tertinggi dilaporkan di Sabah dengan 282 kes diikuti dengan Kedah 153 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes positif baharu yang dilaporkan, 487 merupakan jangkitan tempatan dan hanya dua kes import.

Turut mencatatkan kes positif baharu adalah Selangor (20), Pulau Pinang (7), Johor (6) dan masing-masing empat kes di Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu. Manakala, tiga kes di Sarawak, dua kes di Putrajaya dan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Kelantan.

Katanya, dengan tambahan kes baharu itu, bilangan kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 13,993 kes dengan 3,351 kes aktif. Manakala, 40 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara bilangan kumulatif kes pulih pula adalah sebanyak 10,501 kes dan kes kematian kekal 141 kes.

Tambahnya, tiada sebarang kes kematian dan kluster baharu yang dilaporkan hari ini.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1921