PKPB: 122 Sekolah Di KK, Penampang, Putatan Ditutup Mulai Esok

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 buah sekolah harian di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan ditutup bermula esok berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan tersebut berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam 7 Oktober ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia melibatkan 86 buah sekolah rendah, 25 buah sekolah menengah dan 11 buah sekolah swasta.

“Sekolah di luar kawasan PKPB akan beroperasi seperti biasa sebagaimana yang dijelaskan di dalam kenyataan media KPM yang telah dikeluarkan pada 3 Oktober 2020 yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menyedari kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkaitan keadaan semasa penularan wabak Covid-19, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara.

Selain itu, jelasnya, kementerian tersebut juga ajan sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah adalah terpelihara. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *