COVID-19: 317 Kes Positif Baharu, Tertinggi Setakat Ini

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif harian COVID-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara dengan 317 kes hari ini.

Ia hari kedua berturut-turut selepas kali terakhir jumlah kes positif harian tertinggi dicatatkan semalam dengan 287 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 meningkat kepada 12,088 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes dan mereka diasingkan serta diberi rawatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *