Pejabat Tanah, Masalah Air Di Telupid Akan Diselesaikan – Shafie

TELUPID: Masalah ketiadaan Pejabat Tanah dan Ukur serta masalah air yang membelenggu masyarakat Telupid akan diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir dan Warisan Plus kembali mendapat mandat.

Itu janji diberikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut yang bertekad untuk memberi kemenangan kepada UPKO.

Mohd. Shafie berkata, calon UPKO, Felix Sitin Saang adalah yang selayaknya di situ kerana beliau setia kepada parti dan akan membawa masalah rakyat untuk diselesaikan, justeru sokongan padu perlu diberikan kepadanya.

“Kita mahu mencari wakil rakyat bukan lompat-lompat, pasal dia akan menyuarakan suara rakyat jangan bimbang sangat Felix kita akan buka pejabat tanah,” katanya.

Menguals tentang itu air di Telupid, Mohd. Shafie berkata, penduduk di situ terkesan disebabkan amalan rasuah yang berlaku dalam Jabatan Air sebelum ini.

Katanya, sebab itulah Kerajaan Warisan Plus merombak Jabatan Air sejak 2018 bagi memastikan pentadbirannya lebih telus dan masalah rakyat akan dapat diselesaikan.

Justeru, beliau memberi jaminan kepada masyarakat Telupid agar bersabar dan memberikan kepercayaan kepada Warisan PLus untuk menyelesaika masalah itu selepas ini.

“Saya tahu masalah air di kampung ini memang besar, banyak pasal itu bila saya ambil alih kerajaan saya rombak Jabatan Air pasal apa sebelum pilihan raya umum air tidak ada tapi yang jumpa di jabatan duit berjuta duit di jabatan air saya nampak di televisyen bertingkat-tingkat duit.

“Beratus juta duit tidak cukup duit di jabatan di rumah pun jumpa, pasal itulah kita di Telupid tiada air duit berjuta tidak dipakai bantu rakyat tetapi bantu masuk poket mereka, sampai bila kita mahu insaf sedar ini,” katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *