Kerajaan Umum BPN 2.0, RM1,000 Untuk Isi Rumah Kumpulan B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah RM 1000 untuk isi rumah B40.

Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin dalam satu sidang media Perutusan Khas Kita Prihatin yang bersiaran langsung pada hari ini.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.”

Jelasnya lagi, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” tambahnya.

1812