Covid-19: 3 Kematian, 147 Kes Baharu

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Tiga kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini dengan bilangan kes baharu terus meningkat kepada 3 angka iaitu 147.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 133 kematian dicatatkan setakat ini.

Daripada 147 kes baharu, 134 dilaporkan di Sabah meletakkan negeri itu kekal mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 770 pesakit sedang dirawat di hospital ketika ini.

“Daripada 147 jangkitan baharu hari ini, 143 penularan tempatan dan 4 kes import,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini 8 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 2 memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, 39 pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Kes positif direkodkan di Malaysia sehingga kini berjumlah 10,505 dan kes sembuh 9,602 secara keseluruhan.

Noor Hisham berkata, daripada 143 penularan tempatan, 119 membabitkan warganegara dan 24 bukan warganegara.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *