PRN Sabah: PBS Tanding 15 Kerusi

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertanding di 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jumlah itu sebahagian daripada 25 kerusi yang diminta parti itu.

“Pada mulanya kita meminta 25 kerusi kerana kita percaya boleh memenangi banyak kerusi untuk PN tetapi atas dasar menghormati parti lain kita memutuskan bahawa yang penting adalah untuk menang dan mengambil alih kerajaan negeri demi masa depan Sabah.

“Setakat hari ini, PBS mendapat 15 kerusi yang akan ditandingi atas bendera dan lambang kita sendiri. Ini ditekankan oleh PBS sejak dari awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerusi ditandingi PBS ialah Bengkoka, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tamparuli, Kiulu, Inanam, Api-Api, Tanjung Aru, Kapayan, Limbahau, Kundasang, Melalap, Telupid dan Karamunting.

Senarai lengkap calon PBS:

N2 Bengkoka – Samuil Mopun

N5 Matunggong – Julita Majungki

N7 Tandek – Hendrus Anding

N11 Kadamaian – Demis Rumanti

N14 Tamparuli – Datuk Jahid Jahim

N15 Kiulu – Datuk Joniston Bangkuai

N18 Inanam – Datuk William Majimbon

N20 Api-Api – Datuk Dr Yee Moh Chai

N22 Tanjung Aru – Datuk Yong Oui Fah

N25 Kapayan – Dr Edwin Bosi

N27 Limbahau – Datuk Johnny Mositun

N36 Kundasang – Datuk Dr Joachim Gunsalam

N42 Melalap – Datuk Radin Maleh

N47 Telupid – Jonnybone J Kurum

N54 Karamunting – Kong Nyuk Thou

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2708