Sabah Tetap Milik Malaysia!

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia untuk selamanya.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia sudah membuat pendirian sebelum ini mengenai Sabah dan tiada persoalan lagi mengenainya.

“Sabah selamanya akan menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya menerusi ciapannya di Twitter semalam.

Menerusi ciapan yang sama, Hishammuddin turut berkongsi videonya di Parlimen pada 5 Ogos lalu bahawa Malaysia membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr mengenai ciapannya yang mendakwa ‘Sabah is not in Malaysia’.

Dalam video yang dikongsikan itu, Hishammuddin berkata, apa yang beliau katakan amat jelas bahawa Malaysia mengutuk ciapan berkenaan kerana dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan mendakwa Sabah bukan sebahagian dari Malaysia.

“Saya nak nyatakan di Dewan (Rakyat) ini, kita tak mengiktiraf untuk memenuhi mana-mana pihak asing di Sabah.

“Pada masa sama, Sabah milik Malaysia dan akan tetap sebahagian dari Malaysia selama-lamanya,” katanya.

Semalam, dilaporkan kerajaan Sabah menggesa Kementerian Luar bersikap tegas berhubung isu ancaman terhadap kedaulatan Sabah oleh Filipina.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3746