RM1.6 Bilion Disalur Kepada Sabah Di Bawah Bantuan Prihatin – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini berhubung bantuan kerajaan pesekutuan yang disalurkan kepada negeri Sabah. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.6 billion disalurkan kepada penduduk Sabah di bawah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 14 Ogos, 2020.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ini termasuk 16,490 majikan di Sabah yang menerima manfaat di bawah program subsidi upah bagi mengekalkan seramai 125,487 orang pekerja bernilai RM461.62 juta.

“Selain itu, seramai 904,567 orang rakyat di Sabah menerima manfaat daripada BPN bernilai RM983.34 juta; sebanyak 103 PKS di Sabah menerima manfaat di bawah skim pembiayaan PKS Penjana sebanyak RM22.23 juta,” katanya semasa sesi penggulungan Kementerian Kewangan, Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (COVID-19) 2020, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak 19,671 PKS di Sabah menerima bantuan daripada geran khas prihatin berjumlah RM59.01 juta dan 3,397 PKS mikro diluluskan pinjaman mikrokredit BSN dan Tekun di bawah pakej Prihatin dan Penjana dengan nilai sebanyak RM45.35 juta.

“Di bawah itu juga, seramai 65,544 orang petugas barisan hadapan di Sabah menerima elaun khas Covid-19 bernilai RM24.49 juta,” katanya.

Beliau menjawab soalan Azizah Mohd Dun (Beufort-PPBM) dan Liew Vui Keong (Batu Sapi-Warisan) berhubung pembayaran BPN kepada penduduk di luar bandar dan kawasan pendalaman Sabah.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *