Pemimpin PBS Keluar Parti, Sokong Perjuangan WARISAN

Chin Tek Ming

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mengambil keputusan keluar daripada parti itu semalam dan menjadi ahli bebas menyatakan sokongan kepada perjuangan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PBS yang juga ketua bahagian Luyang, Chin Tek Ming, berkata ini kerana beliau  melihat perjuangan WARISAN yang benar-benar tulin dalam membela nasib rakyat negeri ini.

Beliau percaya kerajaan diterajui WARISAN yang dipimpin oleh Mohd Shafie Apdal berhak untuk terus memerintah Sabah.

“Saya mengumumkan keluar daripada PBS dan kini mengekalkan status sebagai ahli bebas tanpa parti.

“Bagaimanapun, saya melihat WARISAN begitu tulin dalam usaha memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya percaya bahawa kerajaan Sabah yang diterajui WARISAN di bawah pimpinan Mohd Shafie berhak untuk memerintah negeri pada masa ini,” katanya menerusi kenyataannya di sini.

Tek Ming yang menyertai PBS pada tahun 2002 turut merakamkan terima kasih kepada pengasas parti iti, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan atas sokongan dan peluang yang diberikan kepadanya untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008 dan 2013 untuk Parlimen Kota Kinabalu.

Katanya, keputusan menyertai PBS dahulu kerana tertarik dengan inspirasi PBS dan sokonhan Pairin terhadap isu yang berkaitan dengan dana pendidikan untuk masyarakat Cina, kuil dan kebebasan bersuara.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar WARISAN akan meneruskan tujuan mulia ini.

“Yang penting sekarang adalah memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah. Dalam hal ini, kerajaan Sabah yang diterajui WARISAN telah berhasil melobi 17 daripada 20 perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada kerajaan PH yang memerintah sebelum ini.

“Ini menunjukkan bahawa WARISAN adalah parti yang betul untuk rakyat Sabah,” katanya.

Dengan apa yang dilakukan kerajaan WARISAN pada masa ini, Tek Ming berkata rakyat Sabah berhak menilai prestasi parti itu pada akhir tempohnya dengan mengundi, bukan melalui rampasan kuasa ‘pintu belakang’.

“Saya percaya kejadian ini telah menjadi punca rasa marah dan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sabah sehingga ketua menteri membubarkan DUN Sabah.

“Mengadakan pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau juga yakin WARISAN yang diketuai Mohd Shafie dan timbalan presiden, Datul Darell Leiking adalah pemimpin yang tepat dan berkualiti dalam meneruskan perjuangan dan hak rakyat negeri ini.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *