Suami Isteri Meninggal Selang Sejam

Jenazah suami ister berkenaan.

MAKASSAR: Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.

Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap.

Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, meninggal dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.

Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.

“Ketika kiai mengucap kalimah itu, dia menitiskan air mata. Selang kira-kira sejam, dia pula meninggal dunia,” katanya pada Rabu kepada portal Kompas.

Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.

Beliau rajin beribadah dan baca al-Quran rutin harian.

Muhammad Yunus berkata, sepanjang hayatnya, Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng.

“Jenazah suami isteri itu dibawa ke Bantaeng selepas Subuh sebelum disolatkan di Masjid Tua Bantaeng.

“Jenazah pasangan itu kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin,” katanya.

Kiai Idrus pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ketua Jabatan Agama Bantaeng pada 1989 hingga 2000 dan memiliki lima anak.

Isteri pertama Kiai Idrus, Sitti Djawiah meninggal dunia 2014 sebelum tokoh agamawan itu menikahi saudara kandung Allahyarham isterinya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *