Cukuplah, Tidak Perlu Lagi Tabur Janji Kosong

SEMPORNA: Parti Warisan Sabah diminta tidak lagi menaburkan janji kosong dan menyalahkan pihak lain demi untuk menakluki hati rakyat Semporna.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mohd Daud Tampokong berkata, ramai penduduk di daerah ini yang sudah mula menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap janji Parti Warisan dalam manifesto yang kini dilabelkan sebagai cakap kosong.

Malah katanya, ramai penduduk kampung yang menyatakan kehadiran wakil pemimpin dari Parti Warisan hanya datang memberi ucapan dengan menyalahkan dan menabur fitnah kononnya kerajaan pusat menyekat dana ke negeri sabah

“Penduduk kampung juga menyatakan bahawa janji Kerajaan Warisan semasa PRU14 tidak pernah ditunaikan.

“Mereka (kerajaan warisan) sebelum ini menyatakan bahawa akan membela dan mempertahankan penduduk kampung khususnya di persisiran pantai yg merangkumi lapan kampung,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Pegawai Penerangan PPBM, Mohd Farlan Jasmen yang mewakilinya pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Bangau-Bangau, semalam.

Mohd Daud berkata, ramai penduduk kampung juga menyatakan bahawa kerajaan warisan sebelum ini berjanji akan menaiktaraf atau menggazetkan tanah untuk penduduk kampung di persisiran pantai selepas memerintah, namun ternyata semuanya hanya janji kosong

Katanya, ramai mempersoalkan mengapa mampu menyerahkan geran tanah kepada daerah lain dan tidak mempertahankan penduduk kampung persisiran pantai di Semporna khususnya.

“Walhal penyokong setia mereka termasuk ahli keluarga mereka berada di Semporna. Penduduk sudah bosan dan menyatakan mereka tidak akan mengundi Parti Warisan.

“Penduduk kampung menyatakan lebih pelik lagi,  sesudah DUN di bubarkan, barulah terdapat segelintir wakil mereka yang turun padang menyantuni rakyat.

“Namun penduduk kampung sudah tidak mahu dan mula sedar, itulah taktik Parti Warisan untuk meraih undi penduduk kampung,” katanya.- AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4915