Tetak Kaki Isteri Tak Izin ‘Tambah’ Satu Lagi

Dedi Ompong

Sumatera: Polis Trimurjo di Lampung menahan seorang lelaki didakwa menetak isteri di kaki kerana enggan berpoligami.

Dedi Ompong , 41, yang tinggal di Kampung Tempuran di Trimurjo diberkas pada Khamis, kata pegawai polis Kurmen Rubianto.

Menurutnya, polis merampas senjata digunakan iaitu golok dan sarungnya.

Penahanan itu susulan laporan dibuat keluarga mangsa pada Isnin.

Wanita itu parah di kaki dan dirawat di hospital.

Kurmen berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Keganasan Rumah Tangga 2004 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Dalam siasatan awal, suspek mendakwa menyerang isteri kerana wanita itu enggan mengizinkan dia berkahwin lagi dan menuntut perceraian.

“Saya kecewa dia menuntut cerai. Saya tidak mahu berpisah,” kata suspek seperti dilapor Tribunnews.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1394