Perokok & Penghisap Vape Tujuh Kali Ganda Risiko Dijangkiti Covid-19

Golongan perokok, penghisap vape lebih mudah dijangkiti Covid-19.

LOS ANGELES: Golongan muda termasuk remaja merokok dan dan menghisap vape berisiko antara lima hingga tujuh kali ganda lebih mudah dijangkiti Covid-19 berbanding individu yang tidak berbuat demikian.

Penemuan itu hasil kajian Universiti Standford di California, Amerika Syarikat.

Kajian diterbitkan pada Selasa dalam Jurnal Kesihatan Remaja itu melihat kesan penggunaan rokok dan kadar jangkitan virus dalam kalangan individu berusia antara 13 hingga 24 tahun.

Antara lain, ia menyatakan risiko jangkitan Covid-19 adalah tinggi terhadap individu merokok atau menghisap vape ketika ketika penularan virus berkenaan.

Mereka yang dilaporkan merokok dan menghisap vape dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini adalah golongan paling terdedah risiko jangkitan.

Selain itu, kajian sama menunjukkan enam peratus daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan individu yang hanya menghisap vape, tetapi tidak merokok juga kumpulan kedua paling berisiko dijangkiti.

Ia memandangkan tabiat itu merosakkan paru-paru sekaligus menjadikan mereka lebih terdedah dengan risiko jangkitan.

“Senang cerita, jika anda merokok dan menghisap rokok elektronik, anda lebih mudah terdedah Covid-19,” kata pengarang kanan kertas kajian itu, Bonnie Halpern-Flesher.

Selain itu, anak muda yang merokok dan menghisap rokok elektronik dalam tempoh 30 hari lalu pula, lebih lima kali ganda berisiko menunjukkan gejala Covid-19.

Setakat semalam, 21 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 757,000 kematian.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 5.4 juta mangsa dan 170,000 kematian.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

547