Beijing: Tidak masak hidangan makan malam membawa kepada tercetusnya pertengkaran suami isteri di China sebelum wanita itu bertindak di luar kawalan memukul lelakinya sampai mati dengan batang kayu.
Portal Global Times melaporkan, pada mulanya pasangan dari Huaian, wilayah Jiangsu, itu bertengkar apabila wanita itu menyedari suaminya yang berusia 80 tahun tidak masak makanan malam.
Kecewa dengan sikap suaminya itu, si isteri yang berusia 84 tahun itu keluar sebentar meminjam sejenis mi dari jiran mereka untuk hidangan makan malam.
Apabila kembali, wanita itu menyedari rumahnya dikunci oleh suaminya sebelum dia terpaksa masuk ke apartmennya melalui tingkap.
Akibatnya, mereka bertengkar dan ia membawa kepada pembunuhan suaminya.
Ia apabila wanita itu gagal mengawal kemarahannya dan memukul suaminya.
Selepas menyedari suaminya mati akibat perbuatannya, warga emas itu menyerah diri kepada polis.
Menurut laporan Toutiao News pada Selasa, warga emas itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun
Ia selepas mengambil kira faktor usianya yang lanjut serta tindakannya yang menyerah diri kepada pihak berkuasa.- Agensi
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost