
KOTA KINABALU: Penyandang DUN Inanam Kenny Chua (gambar) berkata semua wakil rakyat yang mengalihkan sokongan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menuduh mereka telah dirasuah dan menerima jutaan ringgit untuk melompat parti.
Katanya, sesiapa sahaja yang membuat tuduhan seumpamanya di mana-mana platform media sosial mesti menyokong dakwaan itu dengan bukti, atau jika tidak, mereka akan berdepan tindakan undang-undang.
“Tunjukkan kepada kami bukti atau jika gagal, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Peguam-peguam kami sudah bersedia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. – Harian Ekspres
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost