PPBM & UMNO Perlukan Musa Untuk Menang – Penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menggambarkan Musa Aman seperti “gunung” dalam politik Sabah dan mana-mana parti pembangkang yang berharap untuk menang pilihan raya negeri akan datang harus berpakat dengannya.

Umno atau PPBM akan sukar menyingkir kerajaan pimpinan Warisan tanpa sokongannya, kata Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, mengulas perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu.

Awang Azman percaya masih ada sokongan untuk bekas ketua menteri itu di pihak Umno dan PPBM.

Beliau berkata Musa, yang bukan seorang pemimpin Umno Sabah atau ahli PPBM, berjaya mendapatkan menarik sokongan daripada pelbagai pihak dalam cubaan terbaru terhadap Warisan.

Langkah itu dipatahkan penggantinya Shafie Apdal, yang mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Azman berkata pemimpin PPBM Sabah, yang sebahagian besarnya bekas ahli Umno, kebanyakannya menyokong Musa. “Begitu juga pemimpin akar umbi Umno sekarang”.

Katanya lagi, Musa mempunyai rangkaian penyokong yang kuat dalam komuniti perniagaan, memudahkan beliau menggembleng jentera pilihan raya.

“Beliau berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding Umno atau PPBM dan susah untuk mereka bergerak tanpa sokongannya. Lagi rumit kalau mereka bersaing dengannya.”

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berpendapat mana-mana parti pun tidak boleh ketepikan Musa.

Beliau membandingkan hal ini dengan peristiwa Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum lepas.

“Siapa sangka beliau akan kembali sebagai perdana menteri?”

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan Umno dan PPBM perlu berpakat dengan Musa, mengatakan menjauhi Musa boleh jadi suatu kelebihan sekiranya mereka menjalankan kempen dengan baik.

Beliau juga percaya Umno dan PPBM akan dapat selesaikan pertikaian mengenai agihan kerusi.

“Biasalah parti umum berapa kerusi yang ia mahu atau yang mana,” katanya. “Akhirnya mereka akan duduk berbincang.”

Ketua Umon Sabah Bung Moktar Radin juga berkata Umno dan PPBM akan lawan gabungan Warisan-PH-Upko itu, katanya.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *