
KOTA KINABALU: Bekas menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah, Masidi Manjun, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau, yang juga timbalan ketua PPBM Sabah, menerima surat lantikannya daripada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad di Parlimen semalam.
Masidi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan melapor diri di UMS esok.
Beliau hanya akan membuat kenyataan berhubung perlantikannya selepas sesi taklimat.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost