Warisan & Rakan Sekutu Bermesyuarat, Bincang Persiapan PRN Sabah

Satu mesyuarat tertutup pada jam 10.50 pagi diadakan di pejabat Warisan di Kolombong, yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

KOTA KINABALU: Isu pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri Sabah bagi Pari Warisan Sabah (Warisan) dan rakan sekutunya berkemungkinan diputuskan hari ini.

Ia susulan satu mesyuarat tertutup pada jam 10.50 pagi diadakan di pejabat Warisan di Kolombong, yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Antara pemimpin lain yang hadir pada pagi tadi adalah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Ini merupakan mesyuarat bersama antara Warisan dan rakan sekutunya selepas Mohd Shafie mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.

Difahamkan, selain pengagihan kerusi, mesyuarat itu turut membincangkan mengenai calon yang akan bertanding pada PRN Sabah.

Satu Sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini.

Semalam, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengumumkan Barisan Nasional (BN) Sabah dan rakan-rakan lain bakal bertanding di kesemua 73 kerusi DUN, pada PRN kali ini. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1299