Hospital Beaufort Mencari Waris Pesakit Tidak Bernama

Waris pesakit lelaki, berbangsa Cina ini sedang dijejaki oleh pihak Hospital Beaufort.

BEAUFORT : Seorang pesakit lelaki, berbangsa Cina dan dianggarkan berusia sekitar 70-an telah dimasukkan ke Hospital Beaufort pada 13 April 2019 yang lalu.

Pesakit sebelum ini dirawat di Hospital Queen Elizebeth II setelah mendapat laporan dari orang awam yang menjumpainya di kawasan kedai di Kota Kinabalu. 

Selepas itu, pesakit telah dipindahkan ke Hospital Beaufort sehinggalah sekarang. Pesakit tidak mampu berkomunikasi dengan baik menyebabkan pihak hospital tidak dapat mengambil maklumat yang jelas berkaitan pesakit.

Pihak Hospital Beaufort telah berusaha mencari maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun pihak JPN menyatakan maklumat pesakit tidak terdapat di dalam pangkalan data JPN.

Pesakit kini dalam keadaan stabil dan dibenarkan untuk keluar hospital, namun sehingga kini belum ada waris yang datang untuk menuntut pesakit.

Oleh itu pihak Hospital Beaufort memohon kerjasama dari orang awam untuk membantu mengesan waris pesakit dan menghubungi pihak hospital di talian 087-212 333 sambungan (254) dan berhubung dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pn. Zunianfih Sain. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *