PKR Inanam Putus Kerjasama Dengan Kenny Chua

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Inanam memutuskan kerjasama dengan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Kenny Chua.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Mustapha Sakmud berkata, keputusan itu dibuat apabila lembaga disiplin PKr memecat Kenny Khamis lalu.

“Untuk makluman lembaga disiplin parti sudah memecat Kenny Chua dan kami ingin mengingatkan kepada semua ahli-ahli parti supaya tidak lagi bekerjasama dengan beliau, sebagai kawan ya.

“Tetapi kita bakal menghadapi pilihan raya, kita mahu pastikan ahli-ahli parti menyokong parti PKR dan semua calon-calon dan kita tidak benarkan mana-mana ahli yang masih lagi bersekongkokol yang jelas mengkhianati agenda reformasi parti ini, kita mahu agar semua jelas tentang perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan bersama  Pengerusi PKR Sabah,  Datuk Christina Liew dan penyokong akar umbi di Dreamtel Hotel, di sini hari ini.

Sementara itu, Pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) Inanam, Abdul Latif Mopuas menyatakan UPPM Inanam masih kekal menyokong kepimpinan PKR.

Tambahnya, tindakan Kenny yang meninggalkan parti untuk menyertai kumpulan Tan Sri Musa Aman sama sekali tidak menjejaskan PKR Inanam.

“Untuk pengetahuan di Inanam sekarang ini keadaan PKR masih lagi dalam keadaan kukuh, kami masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga kami sokong kepimpinan Datuk Christina Liew sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.

“Selanjutnya kami juga berpendirian bahawa kami sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah Kerajaan yang akan dibentuk nanti,”katanya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *