BERSATU Sabah Tandingi 45 Kerusi

Ketua BERSATU Sabah, Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah bakal meletak calon di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pihaknya akan bermesyuarat minggu depan mengenai persiapan jentera parti di setiap kawasan DUN Sabah.

“Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi calon BERSATU,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4806