SPR Terima Notis Pembubaran DUN Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) menunjukkan surat perkenan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN Sabah pada sidang media khas di Kota Kinabalu semalam.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15, kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata, berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

“Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *